top of page

KLUSTER PINTAS-LINGKUDAU-KENINGAU, TAMBUNAN, KLUSTER BAHARU

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 18, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

18 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Pintas-Lingkudau-Keningau, Tambunan adalah kluster tempat kerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini melibatkan Mukim Lingkudau, Luagan dan Patikang di Keningau dan Mukim Sunsuron Tambunan.


“Kes indeks adalah pegawai eksekutif wanita, 34, di syarikat bekalan elektrik di Keningau yang disahkan positif ujian RTK-Ag melalui saringan bergejala di Poliklinik TMC, pada 15 Jun lalu.

“Susulan kes itu, saringan kontak yang dijalankan terhadap 82 individu berjaya mengesan dua kes positif RTK-Ag dalam kalangan kontak rapat di tempat kerja oleh Pusat Saringan PKS IPG Keningau pada 16 Jun 2021,” katanya.


Masidi berkata, pada hari berikutnya, enam lagi kes positif dilaporkan merangkumi satu kes hasil saringan kontak rapat di Poliklinik TMC dan lima kes positif kontak rapat melalui aktiviti lapangan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.


“Turut dikesan, satu kes positif RTK-Ag yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Tambunan pada hari yang sama, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 10 kes,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, ruang tempat kerja yang sempit dipercayai menjadi punca penularan jangkitan.


“Aktiviti pengesanan dan saringan kontak rapat serta penyiasatan punca penularan masih giat dijalankan," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page