Kluster Rapak Ranau disyaki berpunca daripada perkumpulan di gerai Kluster Rapak Ranau disyaki berpunca daripada perkumpulan di gerai
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster Rapak Ranau disyaki berpunca daripada perkumpulan di gerai


Gambar hiasan

9 September 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Ranau hari ini, Kluster Rapak dikategorikan sebagai kluster jenis komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah wanita, 81, merupakan pemilik bangunan gerai sewa yang sering datang melawat di gerai sub-indeks sebelum mula bergejala batuk, selesema dan sakit dada sejak 22 Ogos 2021.


“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 melalui Ujian RTK AG berkeputusan positif grading 100% di sebuah klinik swasta pada 23 Ogos 2021 dan berada di rumah sahaja sebelum mendapatkan rawatan pada hari seterusnya.


“Beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos 2021 hingga 04 September 2021 berjaya mengesan 21 kes, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 08 September 2021 dan mendapati 20 kes lagi positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk lima kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, penularan wabak disyaki berpunca daripada aktiviti melibatkan perkumpulan individu di gerai sewa simpang masuk Kg Rapak.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page