top of page

KM alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan Petronas

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

3 Mac 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik komitmen Petronas untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.


Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Menteri diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik serta status semasa operasi Petronas di negeri ini.


Tan Sri Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai usaha bantuan banjir Petronas bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu komuniti yang terjejas di Sabah baru-baru ini.


Delegasi Petronas turut disertai oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Hubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan, Ir. Norafizal Mat Saad serta pegawai-pegawai kanan Petronas.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page