top of page

KM SABAH SERTAI SIDANG KHAS COVID-19 BERSAMA PM

  • nabalunews
  • Oct 31, 2020
  • 1 min read

31 OKTOBER 2020


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini menyertai Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19 menerusi sidang video yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang video yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri Sabah itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong, Pengarah MKN Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof dan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara melibatkan situasi semasa Covid-19 seluruh negara.

Selain itu, Hajiji turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM160 juta bantuan Covid-19 kepada golongan terkesan.

Sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan RM50 juta untuk tujuan yang sama.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page