KM terima kunjungan perpisahan Duta Besar AS ke Malaysia
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

24 Januari 2026
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Hajiji merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Edgard atas khidmat bakti beliau sepanjang tempoh bertugas di Malaysia, khususnya dalam memperkukuh hubungan dua hala serta membantu mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada TYT Edgard atas sumbangan dan kerjasama yang terjalin sepanjang berkhidmat di Malaysia, termasuk sokongan dalam mempromosikan keunikan dan potensi Sabah kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Edgard turut merakamkan ucapan tahniah kepada Hajiji atas pelantikan semula sebagai Ketua Menteri Sabah, sambil menyifatkan kepimpinan beliau sebagai penting dalam meneruskan agenda pembangunan dan kestabilan negeri.


















Comments