top of page

Kolej Matrikulasi Labuan Rai 536 Pelajar Cemerlang PSPM, Empat Terima MUET Band 5

nabalunews
Mar 2
1 min read

2 Mac 2026


LABUAN: Seramai 536 pelajar diraikan dalam Majlis Jejak Gemilang PSPM Semester I dan III anjuran Kolej Matrikulasi Labuan yang berlangsung di dewan utama kolej itu, baru- baru ini.


Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai pencapaian akademik pelajar dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) serta menyemarakkan budaya kecemerlangan dalam kalangan warga kolej.


Daripada jumlah tersebut, empat pelajar turut menerima pengiktirafan khas apabila berjaya memperoleh MUET Band 5.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengarah kolej, Hasnul Hadi Sariman sebagai simbol penghargaan terhadap usaha gigih, disiplin serta komitmen akademik yang ditunjukkan sepanjang Semester I dan III.


Antara nama yang terpahat indah dalam senarai kecemerlangan ialah mantan pelajar Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa Keningau, Anne Mercy Victor Jalius, yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.


Kejayaannya bukan sahaja membanggakan keluarga dan daerah asal di Keningau, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan untuk terus melakar kejayaan dalam bidang akademik.


Majlis yang menghimpunkan barisan pensyarah, pegawai akademik dan pelajar itu turut memperkukuh semangat sinergi serta kebersamaan komuniti kolej, selaras dengan komitmen institusi dalam melahirkan generasi pelajar berdaya saing, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan tinggi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page