top of page
  • nabalunews

Komuniti E-hailing Maxim Cawangan Sandakan beri keceriaan kepada anak-anak yatim di Sandakan

31 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Komuniti e-hailing Maxim Cawangan Sandakan hari ini menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 dengan menyantuni dan memberi keceriaan kepada anak-anak di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin Sandak pagi tadi.


Antara yang disampaikan beberapa barangan makanan di dapur dan keperluan lain.


Ketika ditemui media, Ketua Cawangan Maxim Sandakan, Ahmad Faizul Magram, berkata, sumbangan yang diberikan juga adalah hasil dari pendapatan yang mereka kumpul bersama dan diberikan kepada anak-anak ini dan sama-sama merasakan kegembiraan pada hari yang sungguh bermakna ini.


Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua rakan pemandu Maxim yang terlibat menjayakan program amal itu.

Comments


bottom of page