top of page

Komuniti Gereja dan JKKK Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


24 Februari 2026


KOTA BELUD: Seramai 46 mangsa kebakaran daripada 15 buah keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Meoangkap Tiong susulan insiden kebakaran yang memusnahkan 11 buah rumah dan menjejaskan tiga lagi di Kampung Mepangkap Kapa, Sabtu lalu.


Mangsa yang terdiri daripada 10 lelaki dewasa, 13 perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki, dua bayi perempuan, empat warga emas lelaki, tiga warga emas perempuan serta seorang wanita orang kurang upaya (OKU) kini mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk komuniti keagamaan dan kepimpinan kampung.


Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Tinata Nuluhon bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tinata yang baharu ditubuhkan telah mengadakan lawatan ziarah serta menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran semalam.


Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Tinata, Moston Tambakah itu turut disertai Pengerusi Majlis Sidang, Simin Mendiok dan Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Hadlee Panchai.


Sumbangan yang diserahkan terdiri daripada dua kategori iaitu sumbangan kilat yang dikumpulkan oleh komuniti dan jemaat gereja sepanjang dua hari serta sumbangan dalam bentuk kewangan, pakaian, peralatan dapur dan alat tulis.


Menurut Hadlee, pihaknya berharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.


Beliau turut menekankan bahawa golongan OKU antara yang menerima perhatian khusus dalam agihan bantuan bagi memastikan keperluan mereka turut dipenuhi sepanjang berada di PPS.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page