top of page

Komuniti Kg. Wani, Kadamaian selesa, naik taraf jalan konkrit sepanjang 100 meter siap sepenuhnya

  • nabalunews
  • Nov 11, 2024
  • 1 min read



11 November 2024


KOTA BELUD: Projek menaik taraf jalan tidak berturap kepada jalan konkrit sepanjang 100 meter di Kampung Wani, Mukim Lasau, Kadamaian, Kota Belud, kini telah disiapkan sepenuhnya, sekaligus memberikan keselesaan kepada penduduk.


Menurut Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar dan dengan siapnya kemudahan ini, ia memberikan kelegaan kepada penduduk setempat yang sebelum ini menggunakan jalan tidak berturap.


Tinjauan di tapak projek turut dihadiri oleh Rainslond Lasharus, Ketua Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Wani.


Rainslond berkata projek ini, yang siap pada 17 Oktober lalu, adalah hasil inisiatif dan usaha gigih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang mewakili penduduk Kampung Wani merakamkan penghargaan kepada Ewon atas dedikasi beliau dalam memperbaiki infrastruktur dan memberikan perhatian kepada keperluan masyarakat di kawasan luar bandar.


Clarence turut memaklumkan bahawa Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, komited dalam memastikan kelangsungan projek-projek pembangunan komuniti di Kadamaian.


Beliau menegaskan bahawa usaha akan terus dipergiat untuk menyediakan kemudahan asas yang lebih baik demi kesejahteraan penduduk kampung yang memerlukan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page