top of page

Komuniti maritim dan nelayan jayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Sandakan

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 2 min read



20 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Hampir 200 orang kakitangan agensi kerajaan, badan berkaitan kerajaan, komuniti nelayan dan orang ramai menjayakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMGJ) 2024 anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah dengan kerjasama rakan strategiknya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan pada Selasa.


Pelepasan program itu disempurnakan Senator Anna Bell @ Suzieana Perian di Kompleks Zon Maritim Sandakan pagi tadi.


Konvoi itu bermula di Wisma Persekutuan Sandakan yang juga hentian ke-37 selepas tiba dari Kinabatangan sebelum bergerak ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan yang juga hentian ke-38 daripada 60 hentian seluruh negeri sejak kembara bermula 8 Ogos lalu selama 20 hari dan akan berakhir di ibu negeri.


Buat julung kalinya juga, KMGJ kali ini melibatkan penyertaan komuniti maritim dan nelayan menerusi kunjungan konvoi KMGJ itu di dua buah perkampungan di Pulau Tanjung Aru dan Pulau Berhala, Sandakan.


Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024, Jainisah Mohd Noor, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Henry Idol.


Pada sidang media selepas itu, Anna Bell melihat sambutan KMGJ di Sandakan yang melibatkan komuniti maritim dan nelayan amat luar biasa dengan rumah dan bot mereka juga dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri.


Jelasnya, ini juga menterjemah semangat sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Hari Sabah selain menyemai semangat cintakan negara dan tanah air.


Manakala Jainisah berkata setiap tahun Japen membawa kelainan dalam KMGJ yang mana kali ini kembara singgah

ke kawasan pulau di Sandakan dan bertemu masyarakat maritim dan nelayan.


Beliau menghargai kerjasama strategik APMM Zon Maritim Sandakan dan semua yang terlibat.


Katanya, tahun lalu, APMM juga melaksanakan kerjasama baik melalui Info On Boat bersama pihak JAPEN.


Sementara Che Engku Suhaimi turut mengalu-alukan kerjasama seumpama ini dalam sama-sama mendekati komuniti maritim di Sandakan.


Pada majlis itu, turut disampaikan bantuan berupa makanan, jaket keselamatan dan pelampung keselamatan serta Jalur Gemilang untuk pelajar sekolah dan pulau itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page