top of page
  • Wartawan Nabalu News

Konvensyen Nasional, Ulang Tahun UPKO ke-30, Ogos depan



24 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Konvensyen Nasional dan Ulang Tahun ke-30 Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan diadakan pada 9 dan 10 Ogos depan.

 

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, Konvensyen Nasional UPKO akan diadakan pada 10 Ogos, manakala , Sambutan Ulang Tahun UPKO ke-30 pula akan diadakan pada 9 Ogos.

 

“Ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat eksekutif parti pada hari ini.


“Kita juga telah memutuskan untuk menjemput Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk memberikan ucaptama dalam Konvensyen Nasional UPKO,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Eksekutif UPKO, di Hotel D’Arch Penampang, di sini, hari ini.


Dalam majlis santai itu, turut diadakan majlis kepulangan semula dan penyampaian kad keahlian UPKO kepada mantan ahli UPKO dan mantan Ahli Dewan Negara Adrian Bani Lasimbang.

Comments


bottom of page