Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 disambut pelajar SMK Tambulion
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 disambut pelajar SMK Tambulion


9 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Kira-kira 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur (KMJG) 2023, pada Selasa.


Para pelajar tersebut turut membuat membentuk formasi angka 66 sempena 66 tahun kemerdekaan hasil cetusan idea guru, Romzi Ramli.


Ketibaan konvoi yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor itu disambut oleh Pengetua SMK Tambulion, Nasdin Pumpunga.


Pada majlis berkenaan, Nasdin menandatangani buku lawatan konvoi KMJG 2023 dan menyempurnakan pelepasan konvoi ke destinasi seterusnya.


Terdahulu, konvoi yang singgah di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Daerah disambut oleh Penolong Pegawai Daerah, Leprus Esuvas.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page