Kos ubahsuai Seri Perdana RM38.5juta - Menteri JPMKos ubahsuai Seri Perdana RM38.5juta - Menteri JPM
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Kos ubahsuai Seri Perdana RM38.5juta - Menteri JPM


29 Sept 2021

Oleh Ilona Andrew

KUALA LUMPUR: Jumlah kos pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana di Putrajaya, membabitkan kos sebanyak RM38.5 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abd Latiff Ahmad.


Isu kos baik pulih Seri Perdana itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan status projek berkenaan yang didakwa membabitkan kos sebanyak RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.


Abd Latiff berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.


“Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999 adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri

Malaysia.


“Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, projek ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021.


“la dijangka sip pada 7 Disember 2021. Setakat hari ini (29 September), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74 peratus kemajuan, berbanding 71 peratus seperti dalam jadual,” tambahnya.

Dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat semalam, Ismail berkata pengubahsuaian itu adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page