KPDN Keningau Catat Pematuhan Penuh Peniaga Dan Stesen Minyak Di Tiga Daerah Pedalaman Sabah
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
4 April 2026
KENINGAU: Pegawai Penguat kuasa KPDN Cawangan Keningau telah menjalankan Pemeriksaan Ops Tiris, Ops Pantau, serta Pemeriksaan Keberadaan Bekalan Barangan Keperluan Asas di sekitar kawasan Daerah Tenom, Sook dan Tambunan pada Jumaat, 3 April 2026.
Hasil pemeriksaan mendapati semua peniaga di setiap premis yang diperiksa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN, khususnya dari segi penandaan harga serta penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan untuk tujuan perdagangan.
Kementerian juga mencatatkan pematuhan penuh terhadap Peraturan Had Pengisian Minyak Diesel yang mula dikuatkuasakan mulai 1 April 2026 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengusaha stesen minyak dan orang awam didapati mematuhi peraturan tersebut dengan baik sepanjang pemeriksaan dijalankan.
Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi KPDN melalui talian WhatsApp 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN, atau terus ke Pejabat KPDN Cawangan Keningau di talian 087-338 401.















Comments