top of page

KPDN, PETRONAS bersama gerakkan Kempen Jalur Gemilang Kluster Industri

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Armizan (tengah) ditemani Norazlan dan Siti Ayu mengibarkan jalur gemilang selepas majlis pelancaran Kempen Jalur Gemilang bagi kluster industri dengan kerjasama PETRONS, di Stesen Mkinyak PETRONAS, Papar
Armizan (tengah) ditemani Norazlan dan Siti Ayu mengibarkan jalur gemilang selepas majlis pelancaran Kempen Jalur Gemilang bagi kluster industri dengan kerjasama PETRONS, di Stesen Mkinyak PETRONAS, Papar

24 Ogos 2025


PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut serta menjayakan Kempen Jalur Gemilang dengan melibatkan rakan strategik dalam kalangan pemain industri.


Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Kempen Jalur Gemilang ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini (2025).


"Kempen ini melibatkan kesemua 4,320 stesen minyak di seliuruh negara," katanya ketika melancarkan Kempen Jalur Gemilang bagi kluster industri dengan kerjasama PETRONS, di Stesen Minyak PETRONAS, Papar hari ini.


Turut hadir Ketua Perniagaan Runcit Bahan Api PETRONAS Dagangan, Norazlan Subaha dan Pengurus Besar Pejabat Wilayah Sabah & Labuan PETRONAS , Siti Ayu Abdul Wahab.


Armizan berkata, kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025.


"Kempen ini melibatkan tujuh kluster utama iaitu, pendidikan, pendidikan tinggi, kesihatan, keselamatan, komuniti, industri dan agensi kerajaan," katanya.


Pada masa sama katanya, PETRONAS turut memaknai Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dengan melaksanakan Kempen "Love Local" bermula 25 Ogos hingga 30 September 2025.


"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen PETRONAS untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang diselaraskan oleh KPDN bagi menggalakkan dukungan terhadap produk keluaran usahawan tempatan," katanya.


Sepanjang kempen ini berlangsung, produk-produk keluaran perusahan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan akan dipaparkan di ruangan rak khas Kedai Mesra PETRONAS yang ditandakan dengan logo KBBM sebagai strategi promosi sekali gus meningkatkan akses kepada para pelanggan.


Armizan berkata, KDPN amat menghargai komitmen tinggi PETRONAS dalam mendukung agenda memajukan PMKS melalui penjualan produk tempatan di lebih 850 premis rangkaian Kedai Mesra seluruh negara termasuk 50 Kedai Mesra di Sabah.


"Setakat ini, Kedai Mesra mempunyai 1,842 pembekal produk tempatan. Hasil jualan produk PMKS di rangkaian Kedai Mesra terus mencatatkan momentum peningkatan dari tahun ke tahun melebihi RM150 juta," katanya.


Bercakap pada sidang media kemudian, Armizan berkata, KPDN bertanggungjawab memastikan bekalan petrol dan diesel sentiasa mencukupi, selain memastikan produk petroleum bersubsidi dapat dinikmati oleh golongan sasar.


Sementara itu, katanya dasar dan penentuan harga runcit produk petroleum dan kadar Mekanisme Harga Automatik (APM) adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan (MOF).


"KPDN sedia maklum berhubung permohonan dan rayuan daripada syarikat dan pengusaha stesen-stesen minyak untuk dibuat semakan kadar APM.


Beliau berkata, KPDN sedang melaksana sesi libat urus bersama persatuan-persatuan berkaitan dan akan memanjangkan syor dan cadangan kepada MOF dalam masa terdekat.


"Sebaik sahaja Kerajaan memutuskan dasar dan mekanisme penyasaran subsidi RON95 kelak, kita yakin agensi pusat iaitu Kementerian Kewangan mempertimbangkan kelulusan kadar baharu semakan APM.


"Hal ini penting bagi memastikan kemampanan perniagaan stesen-stesen dan syarikat-syarikat minyak sekali gus kestabilan perkhidmatan bekalan produk-produk petroleum kepada rakyat," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page