KPDNHEP AKAN PANTAU 12 BARANG KEPERLUAN ASAS
- Wartawan Nabalu News
- Oct 24, 2020
- 1 min read

24 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan pemantauan khas 12 jenis barang keperluan asas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di negeri ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Bahagian Penguatkuasa, KPDNHEP Putrajaya telah mengeluarkan arahan kepada KPDNHEP Sabah dan negeri-negeri lain yang berkenaan supaya menjalankan pemeriksaan harian bagi memantau kedudukan bekalan barangan keperluan asas di negeri masing-masing.
“Pemantauan bekalan ke atas 12 jenis barangan keperluan harian itu adalah untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” menurut kenyataan itu.
Katanya lagi, 12 jenis barangan tersebut adalah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, hand sanitiser dan pelitup muka.
KPDNHEP turut mengingatkan para penggua supaya tidak risau kerana bekalan barangan keperluan sepanjang pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan masih berada pada tahap stabil.
Perniagaan di pasaran juga dilaporkan dalam keadaan terkawal dan tiada pembelian panik berlaku.















Comments