top of page

KPDNHEP REKOD 57 KES SEPANJANG SHMMP DEEPAVALI

  • nabalunews
  • Nov 19, 2020
  • 1 min read

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

19 NOV 2020


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil 57 tindakan undang-undang terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 pada 9 hingga 17 Nov lalu.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, lima kes melibatkan kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum dan 52 lagi kerana gagal meletakkan tanda harga.

"Jumlah sitaan bernilai RM3,697.96 dan kompaun sebanyak RM8,100," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta berkata sepanjang pelaksanaan SHMMP Deepavali 2020, sebanyak 15,653 pemeriksaan dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara melibatkan 651 pemborong dan 15,002 peruncit.

Sepanjang tempoh itu juga, KPDNHEP menerima tiga aduan berkaitan SHMMP, katanya. Sebanyak 20 jenis barangan harga terkawal diwartakan dalam SHMMP Deepavali tahun ini, yang merupakan tahun ke-16 pelaksanaannya sejak 2004, katanya. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page