top of page

KPDNHEP SABAH KELUAR KOMPAUN RM3,200 KEPADA PENIAGA SEMASA CNY

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 17, 2021
  • 1 min read

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sabah membuat pemeriksaan di premis-premis sempena CNY.

17 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mengeluarkan 21 kompaun berjumlah RM3,200 ke atas peniaga atas pelbagai kesalahan sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.


Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, kebanyakan kesalahan adalah tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual, menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan kawalan musim perayaan.

"Sejak 8 Februari sehingga berakhirnya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina (TBC) 2021 pada 16 Februari, sebanyak 1,920 premis di seluruh Sabah telah diperiksa.


"Dalam tempoh tersebut, 23 kes telah direkodkan oleh KPDNHEP Negeri Sabah. Nilai rampasan keseluruhan kes terbabit adalah RM1,853.20.

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sabah membuat pemeriksaan di premis-premis sempena CNY.

"Sebanyak 21 kes daripada 23 kes berkenaan telah dikompaun berjumlah RM3,200 manakala dua kes lagi masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Georgie berkata, majoriti tindakan kes yang direkodkan adalah kesalahan peniaga tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual iaitu sebanyak 18 kes manakala empat kes kesalahan menjual melebihi harga maksimum dan satu kes gagal menggunakan tanda harga khas.

Beliau berkata, KPDNHEP Sabah tidak menerima aduan sepanjang tempoh sembilan hari SHMMP TBC 2021.


"Secara umumnya, tahap pematuhan SHMMP Tahun Baru Cina 2021 adalah memuaskan dan KPDNHEP Sabah berharap agar semua peniaga terus mematuhi sepenuhnya SHMMP bagi perayaan-perayaan utama akan datang.


"Kita juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan ke sembilan saluran aduan pengguna yang disediakan," katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page