KPKM boleh batalkan lesen mana-mana pihak gagal patuhi Akta 522
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPKM boleh batalkan lesen mana-mana pihak gagal patuhi Akta 522


10 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi amaran bahawa ia boleh membatalkan atau menggantung lesen mana-mana pihak jika didapati melanggar Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].


Menurut kenyataan KPKM, kementerian berkuasa untuk mengambil tindakan itu melalui Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras jika terdapat pihak yang gagal mematuhi perundangan berkenaan.


"KPKM memandang serius berkaitan kekurangan bekalan Benih Padi Sah (BPS) dalam pasaran kerana ia merupakan isu kritikal yang perlu ditangani segera," kata kenyataan itu.


Sebagai langkah menangani isu itu, KPKM melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara yang akan berlangsung selama dua minggu bermula 7 Nov hingga 21 Nov 2023.


"Task Force OP BPS ini melibatkan KPB negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bertujuan memastikan bekalan pengedaran dan penjualan BPS mencukupi serta mematuhi harga kawalan runcit baharu berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pengarah KPB Bilangan 6/2023," jelas kenyataan itu.


KPKM menambah bahawa Task Force OP BPS di peringkat Zon Utara itu menyasarkan pengeluar BPS dan agen peruncit di negeri Kedah yang mendapat kebenaran menjual benih padi sah kepada pesawah.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page