KPKM keluarkan surat arahan jaga harga beras tempatan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPKM keluarkan surat arahan jaga harga beras tempatan


24 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengeluarkan surat arahan kepada semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras untuk mematuhi harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong.


Surat arahan itu bertarikh 16 Jun lalu dan bertujuan untuk memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal.


Menurut kenyataan KPKM, harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 per kilogram (kg) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).


"KPKM ingin menegaskan bahawa harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 per kilogram (kg) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).


“Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan," katanya.


KPKM juga memaklumkan bahawa harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kg.


"Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page