KPLB SABAH AKAN TAMBAH BAIK LIPUTAN INTERNET DI MESEJKPLB SABAH AKAN TAMBAH BAIK LIPUTAN INTERNET DI MESEJ
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPLB SABAH AKAN TAMBAH BAIK LIPUTAN INTERNET DI MESEJ



21 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan menambahbaik dan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur serta liputan rangkaian internet di Perkampungan Mini Estet Sejahtera (MESEJ).


Menterinya, Datuk Jahid Jahim berkata, rangkaian internet di MESEJ akan dapat membantu meningkatkan jaringan komunikasi bukan sahaja penduduk kampung MESEJ yang berada di pedalaman tetapi juga kepada seluruh penduduk di negeri ini.


“Pihak kerajaan telah menyediakan keperluan asas kepada peserta MESEJ seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.


“Bagaimana pun pada masa kini, liputan internet menjadi satu keperluan dan jadi kita akan tambah baik dalam perkara ini kerana kalau tidak kita akan ketinggalan dalam arus pembangunan.


“Kita berharap jurang digital di setiap kampung MESEJ dan Sabah amnya dapat disamaratakan di seluruh negara,”katanya kepada media selepas mendengar menghadiri taklimat Pejabat Daerah Nabawan dan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) di MESEJ Labang pada Jumaat.


Jahit mengadakan Lawatan Kerja tiga hari ke MESEJ Kaingaran, Tambunan, MESEJ Bunang 2, Sook, MESEJ Labang, Sapulut bermula Khamis lepas dan berakhir pada Jumaat.



Menurut Jahid, lawatan tersebut adalah bagi meninjau perkembangan projek-projek kerajaan yang telah dirancang sejak 10 tahun lalu.


“Antara fokus utama lawatan kerja ini adalah untuk melihat perkembangan terkini program-program pembasmian kemiskinan di peringkat akar umbi.


“Kita ingin lihat bagaimana keadaan mereka selepas projek dijalankan, adakah ianya mencapat matlamat telah dirancang atau adakah perlu diadakan sebarang penambahbaikan atau pun perlu diteruskan dengan keadaan sedia ada.



“Dalam pemerhatian saya dan Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Fredian Gan kita lihat ada peningkatan pencapaian cuma terdapat isu baharu di mana infrastruktur konvensional itu tidak mencukupi ianya perlu ditambah dengan liputan internet supaya dapat melengkapkan apa yang telah kita rancangkan dahulu,”jelasnya.


Sabah mempunyai 52 perkampungan MESEJ memberi penumpuan kepada tanaman getah, kelapa sawit, akuakultur, mikro pertanian, mikro akuakultur dan MESEJ Bersepadu bertujuan meningkatkan pendapatan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang tersenarai dalam e-kasih agar agar dapat keluar daripada garis kemiskinan.


Jahid turut mengadakan lawatan singkat ke Balai Polis Nabawan bagi menyerahkan bakul makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas pada PKPB ini.


Hadir sama pada program adalah Ketua Daerah Nabawan, Peter Jonu @ Peter J. Moinjil dan Pengurus Besar SLDB, Shaheddrul R Joddari.


bottom of page