KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021


22 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual terbaharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa terdekat.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ramai ibu bapa dan calon SPM 2021 telah memberi pandangan berkaitan jadual SPM 2021 yang telah dikeluarkan oleh KPM sebelum ini.


“KPM mengambil kira semua pandangan yang diberikan dan saya telah duduk berbincang bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia dan pengurusan tertinggi KPM untuk menganalisa satu persatu pandangan yang telah diberikan itu serta mengambil kira tindakan sewajarnya.


“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual jadual baharu berkaitan peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat.


“Terima kasih saya ucapakan kepada ibu bapa dan anak-anak calon SPM 2021 yang telah memberikan pandangan mereka berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya hari ini.


KPM sebelum ini telah mengeluarkan jadual peperiksaan SPM 2021 yang boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Namun, jadual yang dikeluarkan itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada calon peperiksaan dan ibu bapa kerana terdapat kertas peperiksaan yang diadakan pada hari Jumaat dan Ahad.

Tags:

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page