Wartawan Nabalu News
KPM galakkan cadangan umum untuk pelan pendidikan baharu
25 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan bagi menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu, bermula dari 14 Mei hingga 31 Disember ini.
Menurut KPM menerusi satu kenyataan, pelan baharu ini akan menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir mencapai penghujung pelaksanaannya.
"Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik," jelas kenyataan tersebut.
Untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara, KPM telah membangunkan portal cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036. Portal ini boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.
Comments