KPM rancang lantik guru kontrak untuk penuhi kekosongan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPM rancang lantik guru kontrak untuk penuhi kekosongan


6 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merancang untuk melantik guru kontrak bagi mengisi kekosongan jawatan guru yang ketara ketika ini.


Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, pelantikan guru kontrak ini adalah selain daripada menawarkan perjawatan tetap bagi Gred DG41 kepada 9,552 guru yang dilantik baru-baru ini.


"Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lantik secara kontrak, ini memang dalam radar kita.Kita sedang melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru dan kita juga sedang menambah baik kaedah untuk mendapatkan guru opsyen-opsyen tertentu," katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Bicara Eksekutif Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sempena Konvensyen Program Tranformasi Daerah di sini pada Ahad.


Jelas beliau, KPM akan terus menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memastikan kekurangan guru pada masa hadapan dapat diatasi.


"Saya berharap guru-guru yang dibekalkan nanti dapat dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar dengan sebaiknya supaya mereka dapat memberi perkhidmatan jauh lebih baik serta berkualiti," katanya.


Pada Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sejumlah 9,552 pelajar lulusan pendidikan ditawarkan jawatan Guru Gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page