KPT berhasrat laksana program TVET peringkat ijazah di semua politeknik
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPT berhasrat laksana program TVET peringkat ijazah di semua politeknik


20 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhasrat untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) di semua politeknik di negara ini.


Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, cadangan tersebut ini dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan datang.


Jelas beliau, program ijazah TVET ini akan melibatkan penyediaan tenaga pakar dan akademik yang berkualiti. Beliau turut menekankan pentingnya TVET dalam menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan kemahiran pekerja.


"Graduan TVET mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, melebihi 90 peratus. Jadi tumpuan kita hendak melihat pemadanan pembelajaran dengan kerja dan gaji yang lebih baik,” katanya selepas menghadiri Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili, kelmarin.


Beliau juga menyatakan hasrat kementerian untuk memperluaskan pengajian TVET dengan membuka lebih banyak cawangan kampus Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan memperkukuhkan politeknik yang sedia ada.


Setakat ini, terdapat empat MTUN iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page