top of page

KPT rancang tingkatkan kualiti pendidikan tinggi dengan kerjasama kerajaan negeri

Wartawan Nabalu News

11 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, KPT mempunyai perancangan jangka panjang untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.

 

Beliau menekankan perlunya usaha sama berterusan dari pihak kerajaan negeri untuk merealisasikan rancangan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035.

 

Jelas beliau, melalui platform itu pihak kerajaan negeri berpeluang mengetengahkan isu dalam pelaksanaan operasi pendidikan tinggi di negeri masing-masing.

 

"Antaranya melibatkan kebajikan mahasiswa, pemerkasaan Institut Pendidikan Tinggi Negeri (IPTN) dan pengukuhan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

Beliau juga menekankan kepentingan kolaborasi industri dan peluang kerjasama strategik antara KPT dan kerajaan negeri untuk memastikan ekosistem sektor pendidikan tinggi berada pada tahap terbaik.

 

 

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page