KPWKM komited perkasa wanita dan terus lindungi kanak-kanak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPWKM komited perkasa wanita dan terus lindungi kanak-kanak


11 Mac 2023 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Shukri, telah melancarkan Garis Panduan Perkhidmatan Pemeliharaan Dan Perlindungan Kanak-Kanak di Sabah International Convention Centre, Sabah. Garis panduan ini diwujudkan bagi menjamin kesesuaian penempatan kanak- kanak di bawah ibubapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai(OYLS). Selain itu, JKM juga memperkenalkan sistem saringan penggunaan Penaksiran Psikologi Personaliti (TAJMA) iaitu suatu alat ukur psikologi yang direkabentuk untuk memberikan data saintifik tentang diri seseorang individu mengenai pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Melalui penaksiran ini, kesesuaian ibu bapa peliharaan dalam aspek penjagaan, pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak dapat diteliti dengan lebih terperinci. Selain itu, sesi Townhall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Pelindungan) turut diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa kanak-kanak dan cabaran yang dihadapi oleh Pelindung selain memperkasa dan meningkatkan peranan dan fungsi, mengukuhkan persediaan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dengan mengamalkan prinsip kerja sosial yang efektif dan mengenalpasti amalan kerja terbaik (best practice) dalam mengendalikan pengurusan kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak secara holistik. Nancy Shukri yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) juga merasmikan kursus bimbingan perniagaan bagi program MyKasih Kapital yang merupakan satu inisiatif di bawah Program Wanita Bangkit@KPWKM. Program kali ini disertai 500peserta wanita merupakanusaha kementerian dalam membantu golongan wanita terutamanya yang hilang punca pendapatan, pencari nafkah utama dan ibu tunggal. Pada sebelah malamnya, Yang Berhormat Menteri merasmikan Majlis Excellence Women Award 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) bagi meraikan dan mengiktiraf kejayaan wanita dalam industri ini sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat negeri Sabah. KPWKM komited untuk terus melindungi dan memperkasa kumpulan sasar khususnya kanak-kanak dan wanita secara inklusif agar terus maju dan sejahtera demi pembangunan negara yang stabil dan harmoni menepati enam rukun Malaysia MADANI.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page