top of page
  • nabalunews

KPWKM sasar pelaksanaan Program KASIH kanak-kanak ke 300 sekolah


20 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sudah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: KASIH Kanak-Kanak membabitkan 70 buah sekolah di seluruh negara.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian 300 sekolah yang disasarkan pihak kementeriannya tahun ini.


“Kita ada 10,000 sekolah di negara ini. Oleh itu, kita perlu ada sasaran.


“Bagaimanapun, saya yakin objektif program ini mampu dicapai kerana kita mahu menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kumpulan sasar khususnya kanak-kanak.


“Usaha ini hendaklah sentiasa diberi penekanan melalui pelbagai program advokasi serta khidmat sokongan,” katanya.


Nancy berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Tandatangan Nota Kerjasama Antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Bersama Jabatan Penjara Bagi Program Wanita Bangkit Bersasar di Kepayan, dekat sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah Jabatan Penjara Sabah dan Labuan, Nora Musa.


Sementara itu, ditanya mengenai situasi terkini berkaitan wanita dan kanak-kanak yang dilihat sering menjadi mangsa pembunuhan, Nancy menyatakan pihaknya akan terus memperkasakan wanita termasuk kanak-kanak mengenai undang-undang mengenai hak-hak mereka.


“Agak sedihlah kita melihat perkara ini berlaku tetapi inilah kenyataan pada hari ini yang kita dapat saksikan.


“Namun kami di kementerian tidak akan duduk diam. Kementerian akan sentiasa memperkasakan wanita dan kanak-kanak agar mereka sedar tentang undang-undang dan hak mereka.


“Selain itu, kita juga sudah mempunyai Undang-Undang Gangguan Seksual yang di dokumentasikan malah kita ada tribunal anti gangguan sexual,” katanya.

Comentários


bottom of page