top of page

KTC sumbang hamper Raya kepada PERKEP Kota Kinabalu dan PERKEP Polis Kontijen (IPK)

  • nabalunews
  • Mar 29
  • 1 min read


Daxter (tengah) menyampaikan sumbangan hamper Raya kepada PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
Daxter (tengah) menyampaikan sumbangan hamper Raya kepada PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu

29 Mac 2025


KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) telah menyampaikan sumbangan hamper Raya kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan PERKEP Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK).


Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau kepada Pengerusi PERKEP IPK Sabah, Datin Nurhayati Farhana Abdullah, dan Pengerusi PERKEP IPD KK, Suziana Mohd Zain.


Program penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk merai dan menghargai usaha serta sumbangan anggota-anggota pertubuhan yang terlibat, menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Majlis penyerahan telah diadakan di Rumah PERKEP Kontinjen dan di perkarangan IPD Kota Kinabalu, pagi tadi.


Sumbangan ini menggambarkan komitmen KTC dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjaga hubungan baik dengan pelbagai pihak dalam komuniti.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page