top of page

Kudat Cops Catat Sejarah Terbaik, Naib Juara Piala Pesuruhjaya Polis Sabah 2026

  • nabalunews
  • Apr 7
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


7 April 2026


KUDAT: Pasukan bola sepak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, dikenali sebagai Kudat Cops, terpaksa berpuas hati sebagai Naib Juara Piala Pesuruhjaya Polis Sabah 2026 selepas tewas tipis 0–1 kepada Pasukan Polis Marin W4 Sabah pada perlawanan akhir di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) , ahad lalu.


Kekalahan tipis itu bagaimanapun mencatat sejarah terbaik IPD Kudat dalam kejohanan berkenaan, memandangkan pasukan sebelum ini hanya pernah mara sehingga suku akhir.


Dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang Ahad, 5 April 2026, Kudat Cops turut mendapat sokongan padu daripada Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden (SUPT) Mohd Haris Hj Ibrahim, Ahli Parlimen Kudat, Dato’ Verdon Bahanda, serta pelawak terkenal, Mohammad Syaiful @ Syaiful Zero (Maharaja Lawak Mega). Kehadiran mereka menjadi suntikan moral kepada pasukan.

Pasukan ini diketuai Ketua Balai Polis Daerah (KBDP) Kudat, Asisten Superintenden Polis (ASP) Roning Mulut, selaku Pengurus Pasukan. Beliau memainkan peranan penting mengemudi pasukan sepanjang kejohanan.


Dari segi pencapaian individu, Koperal Rekson Emoi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan, manakala Koperal Ahmad Iskandar Zulkarnain Hidzir muncul Penjaring Terbanyak dengan lima gol.


Kejayaan meraih tempat kedua daripada 26 pasukan yang bertanding membuktikan komitmen tinggi, disiplin dan semangat berpasukan warga IPD Kudat.


Seluruh warga PDRM Kudat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan serta doa sepanjang kejohanan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page