Kuota Internet percuma, pulangan tunai untuk pengguna prabayar sempena Aidilfitri
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kuota Internet percuma, pulangan tunai untuk pengguna prabayar sempena Aidilfitri


18 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Bagi meraikan Aidilfitri yang bakal tiba, kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna pakej prabayar termasuk kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai.


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan lima syarikat telekomunikasi utama di negara ini.


Beliau dalam kenyataan hari ini menyenaraikan kemudahan yang disediakan oleh syarikat-syarikat berkenaan seperti berikut:


- Maxis: Bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli dan ia sah hingga 15 Mei ini.


- Celcom Digi: Pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama empat hari, iaitu juga hingga 15 Mei ini.


- Unifi Mobile: Pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.


- Umobile: Bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan dan ia sah hingga 31 Mei 2023.


- YES: Bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari, dan ia juga sah hingga 15 Mei.


Fahmi menasihatkan para pelanggan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kemudahan yang ditawarkan.


Beliau juga menyatakan bahawa usaha kerajaan dan syarikat telekomunikasi adalah selaras dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta mengutamakan kebajikan rakyat.


"Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page