top of page

Kursus ICT dilaksanakan di Dewan Gereja Katolik St. Agustine Kaung Ulu

  • nabalunews
  • Feb 24
  • 1 min read

23 Februari 2025


KOTA BELUD: Program Kursus ICT & Latihan Bahasa anjuran Kementerian Sains dan Teknologi Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan dari 18 hingga 23 Februari 2025 di Dewan Gereja Katolik St. Agustine Kaung Ulu. Program ini dihadiri oleh 32 peserta, dengan 16 peserta dalam sesi siang dan 16 peserta dalam sesi malam.


Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penguasaan bahasa dalam kalangan peserta. Tenaga pengajar yang terlibat terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi, termasuk Jovinia @ Annie Juanis @ Joseph, Adryenna Vali, dan Linjam @ Jacklenlena Agur.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada AMC Universiti College, yang menyediakan bahan dan sokongan teknikal bagi memastikan kelancaran kursus. Peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.


Dengan kejayaan program ini, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian serta meningkatkan daya saing dalam bidang ICT dan bahasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page