top of page

Kursus Perakaunan Asas Koperasi memanfaatkan 26 ahli koperasi di Kampung Kiau

  • nabalunews
  • Aug 12, 2024
  • 1 min read

12 Ogos 2024


KOTA BELUD : Koperasi-koperasi di sekitar Kampung Kiau, di sini diberi tunjuk ajar oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) mengenai tatacara pengurusan perniagaan yang cekap menerusi penganjuran Kursus Perakaunan Asas Koperasi selama 2 hari pada 10 hingga 11 Ogos lalu.


Kursus anjuran Gabungan Koperasi Kiau dan IKMa ini disertai 26 peserta dan berlangsung di Dewan Galeri Walai Mitapus Gompito, Kiau Nuluh.


Peserta diberi tunjuk ajar mengenai tatacara merekod transaksi akaun serta membuat voucher dan invois secara teratur dan sistematik oleh Pegawai Latihan Kanan iKMA Sabah, Ridzuan Saudi selaku fasilititor kursus dan Samsiah Syamsudin sebagai penyelaras kursus.


Diharapkan melalui kursus ini, pengurusan koperasi akan menjadi lebih cekap sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan sektor koperasi di negara ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page