top of page

KUSKOP adakan sesi libat urus MPUKPPD Zon Timur

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 30, 2024
  • 1 min read


Sesi libat urus

30 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan sesi libat urus awal Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Peringkat Daerah (MPUKPPD) bagi negeri-negeri di Zon Timur.


Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata sesi libat urus itu telahpun diadakan di Sabah, Sarawak dan Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


“Saya gembira kerana kedua-dua exco keusahawanan di Kelantan dan Terengganu memberikan maklum balas positif.


“Saya menghargai maklum balas dan pandangan yang diberikan semasa libat urus. Semoga dengan adanya kerjasama erat serta penyelarasan dan pemantuan yang lebih baik, komuniti usahawan, koperasi serta penjaja dan peniaga kecil di Zon Timur akan menerima manfaat yang lebih baik daripada Kerajaan.


“Objektif utama MPUKPPD ini adalah untuk mengurus pembangunan usahawan dan koperasi di peringkat daerah selain membantu menyelesaikan isu berkaitan usahawan, penjaja, peniaga kecil dan koperasi,” katanya, selepas sesi libat urus itu, di sini, hari ini.


MPUKPPD telahpun dijalankan secara rintis di Sabah, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara.

Ewon berkata tahun lalu, KUSKOP bersama agensi-agensinya iaitu Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SME Corp dan PERNAS telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM756,103,657.25 kepada 40,147 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di Kelantan.


“Manakala bagi Terengganu pula, sebanyak RM638,100,134.89 telah disalurkan kepada 27,258 PMKS dan koperasi,” katanya.


Hadir sama Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Seri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Noor Afifah Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, Azizul Alias.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page