top of page

KUSKOP harap peruntukan lebih baik dalam Belanjawan 2025

  • nabalunews
  • Aug 23, 2024
  • 1 min read

23 Ogos 2024


REMBAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengharapkan peruntukan tambahan lebih baik pada Belanjawan 2025.


Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya akan membentangkan cadangan dan inisiatif baharu termasuk memperkasakan kumpulan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk dipertimbangkan Kementerian Kewangan.


"Ia mengambil kira keperluan dan cadangan pemegang taruh kita.


"Kalau kita diperkukuhkan sebagaimana kita buat Bubbles O2 yang sudah menembusi pasaran antarabangsa.. saya percaya lebih banyak lagi perusahaan PMKS ini dapat kita bangunkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sendirian Berhad di sini, lapor Berita RTM.


Pada Belanjawan 2024 KUSKOP menerima peruntukan sebanyak RM788.8 juta.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page