KUSKOP komited teruskan agenda transformasi koperasi: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KUSKOP komited teruskan agenda transformasi koperasi: Ewon

22 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited meneruskan agenda transformasi koperasi melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan pelan tindakan yang akan diperkasakan.


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ini selaras dengan tanggungjawab kementerian itu mengawal selia dan membangunkan gerakan koperasi.


Beliau berkata, sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 14,975 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.03 juta orang.


“Jumlah modal syer atau yuran dan aset koperasi masing-masing mencatatkan sebanyak RM16.52 bilion dan RM156.18 bilion,” katanya ketika berucap melancarkan Superapps TAPTAPLAH oleh Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, di M Resort & Hotel, di sini, hari ini.


Ewon berkata, kerjasama rentas kementerian juga akan dipergiat bagi memastikan penggunaan sumber dapat dioptimumkan dengan mengambil kira keterlibatan koperasi sebagai entiti perniagaan terutamanya dalam bidang teknologi dan pendigitalan.

“Inisiatif ekslusif yang dijalankan oleh pihak Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad ini juga dilihat selari dengan halatuju Pelan Pendigitalan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam usaha merapatkan jurang digital di kalangan koperasi seluruh negara.


“Lebih istimewanya ia dilancarkan tahun ini sempena sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia,” katanya


Beliau berkata, selain mendekatkan jurang teknologi antara koperasi, pengenalan aplikasi TAPTAPLAH adalah untuk mendekatkan aktiviti koperasi dengan generasi muda yang lebih cenderung kepada kemudahan atas talian dari aspek langganan servis mahu pun pembelian produk.


“Saya yakin inisiatif ini mampu memberi impak yang amat baik dan mampu memberi dorongan positif kepada seluruh koperasi khususnya kepada koperasi yang memerlukan platform menyeluruh dan mudah untuk diakses.


Mengenai aplikasi TAPTAPLAH, Ewon berkata, ia adalah peluang untuk meningkatkan produktiviti produk dan perkhidmatan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad melalui sistem aplikasi digital.


“Aplikasi ini difahamkan dapat menyediakan data dan alat analisis untuk mentafsir tingkah laku anggota dan prestasi perniagaan koperasi sekaligus menjadikan ia sebuah platform yang mesra pengguna serta membantu koperasi dalam pendigitalan perniagaan.


“Platform yang komprehensif ini juga dijangka mampu memberi manfaat kepada anggota koperasi dan masyarakat sekaligus meningkatkan lagi produktiviti sesebuah koperasi dalam memasarkan produk dan servis koperasi tersebut melalui sebuah platform digital.


“Saya berharap aplikasi ini dapat digunapakai oleh seluruh koperasi di seluruh Malaysia selepas ini,” katanya dan menambah ia adalah kerjasama dan inisiatif Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dan SKM.


Turut hadir Naib Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Umar Sarim Saidin, Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad Datuk Yahya Hussin, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin, Ketua Pegawai Ekskutif Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Suli Koid dan Penasihat Koperasi Tanjong Keramat Hj.Zainal Manaf.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page