- Wartawan Nabalu News
KUSKOP sedia RM2 juta untuk Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
29 Mei 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan RM2 juta untuk Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi yang terjejas akibat bencana alam.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan replika cek bernilai RM2 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif SKM Rusli Jaafar mewakili Gerakan Koperasi, pada majlis ringkas di KUSKOP, di sini, heri ini.
Ewon berkata, tabung ini adalah untuk membantu koperasi yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang.
“Bantuan kecemasan itu meliputi sebahagian kos pembaikan kerosakan premis/aset/produk koperasi dengan jumlah maksimum RM30 ribu kepada
koperasi yang layak.
“Saya berharap ia dapat membantu membangunkan semula aktiviti ekonomi koperasi yang terjejas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ewon berkata, bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap Gerakan
Koperasi di seluruh negara.
Comments