top of page

KUSKOP tawar kemudahan Kontrak-i TEKUN dan SKWAK bantu kontraktor bumiputera

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

15 Mei 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan kemudahan program Kontrak-I dan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) bagi membantu kontraktor Bumiputera yang memperolehi tender kerja daripada jabatan Kerajaan.


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kedua-dua skim yang dilaksanakan di bawah Kementerian beliau merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan membantu kontraktor Bumiputera meringankan aliran tunai mereka.


“SKWAK merupakan inisiatif Kerajaan dengan memberi bantuan berbentuk wang pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera Gred G1 hingga G5 untuk memulakan kerja kontrak atau inden kerja Persekutuan yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


“Skim ini menawarkan pembiayaan tanpa faedah dan tanpa cagaran dengan had maksima pembiayaan adalah 25% daripada nilai kerja pembina. 30% dari jumlah pembiayaan hendaklah digunakan untuk pembelian bahan-bahan binaan dari vendor bahan binaan Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).


“Selain itu, KUSKOP melalui TEKUN Nasional juga menawarkan kemudahan pembiayaan tanpa penjamin, tanpa deposit dengan cas pengurusan yang kompetitif di bawah program TEKUN Kontrak-I.


“Bagi tahun 2025, TEKUN Nasional memperuntukkan RM500 juta bagi skim program ini dan sehingga 31 Mac 2025, pinjaman berjumlah RM11,445,000 telah diluluskan kepada 178 kontraktor kecil Bumiputera Sabah,” katanya.


Ewon berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor, di sini, hari ini.


Seramai 300 usahawan kontraktor menyertai seminar anjuran Pusat Khidmat Kontraktor iaitu sebuah jabatan di bawah KUSKOP.

Коментарі


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page