KWSP cadang ubah sebahagian simpanan kepada pendapatan bulanan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KWSP cadang ubah sebahagian simpanan kepada pendapatan bulanan


8 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk mengubah sebahagian daripada simpanan ahli kepada pendapatan bulanan, manakala baki selebihnya boleh dikeluarkan secara penuh.


Cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan kemiskinan hari tua dan memberikan pendapatan yang lebih stabil kepada ahli selepas bersara.


Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dalam satu kenyataan, berkata cadangan ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan polisi yang diambil secara pragmatik dan praktikal.


"KWSP mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadap cadangan penambahbaikan polisi, seterusnya mengimbangi keperluan ahli semasa dengan keperluan untuk mengekalkan kecukupan simpanan selepas bersara. KWSP akan memaklumkan sebarang perubahan berkaitan polisinya kepada ahli yang terlibat sebelum perubahan ini berkuat kuasa," katanya.


Menurut kenyataan itu, KWSP sedang mempertimbangkan perubahan kepada mekanisme berupa pencen yang sedia ada, di mana ahli boleh memilih untuk menerima pengeluaran bulanan berbanding pengeluaran penuh.


"Cadangan ini seiring dengan usaha semasa KWSP dalam menggalakkan ahli untuk memilih pengeluaran bulanan berkala berbanding pilihan pengeluaran penuh," katanya lapor Utusan Malaysia.


Pada 2022, lebih 7,000 ahli telah memilih secara sukarela kaedah pengeluaran bulanan ini.


KWSP berkata proses untuk menguatkuasakan mekanisme pengeluaran berkala ini sedang diteliti dan akan mengambil kira keupayaan dan kesiapsiagaan ahli untuk melakukan transisi ini.


Namun, cadangan ini akan melibatkan perubahan generasi yang akan mengambil masa yang agak lama sebelum dikuatkuasakan.


"KWSP percaya bahawa transisi ini adalah perlu berikutan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia daripada 54 tahun pada 1957 kepada 75 tahun kelmarin. Purata jangka hayat ini dijangka meningkat di masa hadapan, di mana rakyat Malaysia akan hidup lebih lama dalam tempoh persaraan. KWSP akan terus menggalakkan ahli untuk menukar secara sukarela kepada pilihan pengeluaran bulanan ini," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page