top of page

Lajim meninggal dunia akibat Covid-19

Wartawan Nabalu News


29 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 pada usia 66 tahun hari ini.


Bekas Pegawai Media Jaafar Abdul Wahid menerusi WhatsApp berkata, allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 6.20 pagi.


Lajim yang juga bekas anggota Parlimen Beaufort dan ADUN Klias meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini.


“Jenazah akan dibawa balik ke kampung halaman Kampung Kabatu, Beaufort untuk dikebumikan setelah proses Kementerian Kesiihatan Malaysia selasai,” katanya.


Allahyarham memulakan karier politiknya bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebelum menyertai Umno sekitar tahun 1994.


Lajim juga merupakan bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah yang kemudiannya dibubarkan dan kesemua ahli parti itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Allahyarham pernah memegang jawatan Pembantu Menteri, Menteri dan Timbalan Ketua Menteri di peringkat kerajaan negeri Sabah dan Timbalan Menteri di peringkat persekutuhan.


Jawatan terakhir Allahyarham ialah Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Comentarios


bottom of page