top of page

Laksana Kursus AI Mantapkan Kebolehpasaran Diri Golongan Belia

  • nabalunews
  • Jul 21, 2025
  • 1 min read

21 Julai 2025


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar terus komited memperkasakan masyarakat menerusi penganjuran Kursus Pengenalan Kecerdasan Buatan (AI).


Kursus yang berlangsung sehari itu mendapat sambutan menggalakkan khususnya anak muda yang ingin menimba ilmu teknologi terkini seiring Revolusi Industri 4.0.


Ia juga mampu untuk meningkatkan kemahiran digital serta kebolehpasaran diri khususnya bagi pasaran peluang pekerjaan masa kini.

Ketua Pemuda UPKO Sepanggar, Fardy Bungga berkata, inisiatif itu bukan saja membuka peluang baharu, malah mampu mencetuskan minat terhadap bidang-bidang berasaskan inovasi dan teknologi.


Katanya, ia juga selaras dengan komitmen UPKO untuk menjadi jambatan pembangunan teknologi kepada belia khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar kepada perkembangan sektor teknologi.


“UPKO Sepanggar merancang untuk menganjurkan lebih banyak program pembangunan kemahiran digital demi memastikan komuniti setempat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi.

“Pendedahan awal kepada AI ini amat penting bagi menyediakan masyarakat, khususnya anak muda, menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan kursus berkenaan yang turut dihadiri wakil daripada Kolej Eastern dan Celcom Digi.


Fardy berkata, AI bukan lagi perkara yang jauh dari kehidupan seharian, justeru itu, kita melihat perlunya masyarakat diberikan pendedahan dan peluang untuk memahami serta menguasai teknologi ini.


Sementara itu, kursus berkenaan dikendalikan Penceramah Profesional, Ts.Gs. Mahadthir Asbollah yang berpengalaman dalam bidang AI dan teknologi.


Ia memberi tumpuan kepada pengenalan teknologi AI, aplikasi asas AI dalam kehidupan harian dan kerjaya berasaskan AI.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page