top of page

Laluan dan parkir di Jalan Tugu ditutup sementara sempena ulang tahun KK ke-26

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

1 Februari 2026


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di Jalan Tugu secara berkala pada Isnin (2 Februari).


DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada upacara menaikkan bendera sempena sambutan ulang tahun ke-26 bandaraya Kota Kinabalu.


“Penutupan tempat letak kereta di Jalan Tugu akan dilaksanakan bermula 1 pagi hingga 1 tengah hari, manakala penutupan jalan pula akan dibuat secara berkala dari 7 pagi hingga 1 tengah hari.


“Langkah ini bagi memastikan aspek keselamatan, kelancaran trafik serta perjalanan majlis berjalan dengan teratur,” menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan dilaksanakan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page