Polis Tahan Warga Emas Guna Kad Pengenalan Orang Lain
- nabalunews
- 13 hours ago
- 1 min read

1 Februari 2026
TAWAU: Seorang wanita warga asing ditahan selepas dipercayai menggunakan dokumen pengenalan milik individu lain untuk mendapatkan rawatan.
Identiti warga asing berusia 80–an itu disedari selepas wanita terbabit gagal melepasi pemeriksaan cap jari (biometrik) yang dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bukan miliknya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat terhadap suspek.
Katanya, wanita terbabit terus ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan dokumen pengenalan milik individu lain dan sekeping MyKad turut dirampas bagi membantu siasatan.
“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


















Comments