top of page

Laluan sekitar Kota Kinabalu ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

30 Disember 2025


KOTA KINABALU: Beberapa laluan dan tempat letak kereta sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.


Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara jalan akan dilaksanakan bermula 3 petang esok (31 Disember) hingga 1 pagi pada 1 Januari (Khamis).


“Laluan terlibat ialah Jalan Tugu dari Bulatan Bangau ke Bulatan Kampung Air serta Jalan Bandaran bermula simpang masuk dari Jalan KK Bypass ke Bulatan Bangau.


“Selain itu, turut ditutup ialah serta sebahagian jalan di hadapan Jabatan Penguatkuasaan DBKK,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Sementara itu, menurut DBKK, penutupan tempat letak kereta di Taman Poket yang berhadapan Jabatan Penguatkuasaannya akan dilaksanakan lebih awal iaitu bermula 1 pagi pada 31 Disember hingga 1 pagi keesokannya.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan serta kelancaran trafik sepanjang tempoh sambutan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page