top of page

Langgar Syarat Lesen, Vesel Pukat Jerut Bilis Ditahan

  • nabalunews
  • Nov 19, 2025
  • 1 min read

19 November 2025


LAHAD DATU: Sebuah vesel pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas didapati beroperasi terlalu hampir dengan daratan di perairan Telukan, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, vesel yang dinaiki empat individu terbabit dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 0.9 batu nautika timur Timur Tanjung Bangkuruan,Telukan.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Filipina berusia 37 tahun bersama tiga individu berusia lingkungan 23 tahun dan 36 tahun '' katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan pada jarak kurang daripada 0.9 batu nautika dari daratan terdekat.


“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha bot nelayan yang ingkar syarat lesen, khususnya mereka yang beroperasi di zon larangan.


“Peraturan jarak ini ditetapkan bagi melindungi ekosistem marin serta memastikan sumber

perikanan negara kekal mampan,” tegas beliau.


Sehubungan itu, Dzulfikhar berkata, Vesel bersama kru dan hasil tangkapan kemudian dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.


“Maritim Malaysia turut menyeru komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang- undang laut dan segera menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page