LANJUTAN PKPD DI TAMAN MESRA SANDAKAN BERMULA ESOK - ISMAIL SABRILANJUTAN PKPD DI TAMAN MESRA SANDAKAN BERMULA ESOK - ISMAIL SABRI
top of page
  • nabalunews

LANJUTAN PKPD DI TAMAN MESRA SANDAKAN BERMULA ESOK - ISMAIL SABRI


10 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra, Sandakan, Sabah selama 14 hari bermula esok sehingga 24 Nov.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Mesra, Sandakan dari 28 Okt lepas hingga hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan PKPD itu dilaksanakan selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).


'’KKM telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif COVID-19 di kawasan itu,'’ katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini. - Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page