Lanjutkan sidang Dewan Rakyat, bahas pindaan Akta 342Lanjutkan sidang Dewan Rakyat, bahas pindaan Akta 342
top of page
  • Farah Salim

Lanjutkan sidang Dewan Rakyat, bahas pindaan Akta 342


Anwar (tengah) bercakap semasa sidang akhbar secara langsung. Turut dilihat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (kiri) dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

16 Disember 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan melanjutkan sidang Dewan Rakyat bagi membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).


Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini.


Oleh itu, beliau menyarankan agar sidang Dewan Rakyat dilanjutkan agar setiap aspek RUU tersebut terutamanya dari segi penambahan kompaun kepada rakyat dapat diteliti.


“Ini sangat membebankan dan kita tidak boleh terima sama sekali … pembentangan RUU tersebut juga dibuat terlalu terburu-buru.


“Jadi ini harus diberi penjelasan sehingga menyebabkan kita memohon ditangguhkan kemudian dibincangkan secara teliti,” katanya dalam siaran akhbar secara langsung di Twitternya, hari ini.


“Kalau kita bersetuju, kerajaan bersetuju, ia boleh diluluskan tetapi kalau asas-asas tidak dipersetujui kita daripada Pakatan Harapan (PH) terpaksa menolak RUU tersebut,” tambahnya.


Pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu juga mencadangkan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ditetapkan boleh dikompaun sehingga maksimum RM1 juta.


Selain itu, rang undang-undang tersebut turut memasukkan seksyen baharu di bawah Seksyen 15A iaitu pemberian kuasa kepada pegawai mengeluarkan perintah kepada mana-mana individu yang dijangkiti penyakit atau percaya telah dijangkiti atau mana-mana kontak rapat untuk memakai atau menggunakan peranti pengesanan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page