top of page

Lapan Daerah Alami Cuaca Panas

  • nabalunews
  • Jul 26, 2025
  • 1 min read

26 Julai 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan empat daerah masing-masing di Sabah dan Sarawak dilaporkan mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia memaklumkan, fenomena cuaca panas berkenaan boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.


Katanya, antara kawasan yang terlibat di Sabah ialah daerah Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Sandakan manakala empat lagi kawasan di Sarawak yang dilaporkan turut mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga.

“Bagi kawasan di Sarawak, empat kawasan terlibat adalah di Sibu, Marudi, Telang Usan dan Limbang.


“Kawasan yang mengalami cuaca panas Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 4 petang pada Jumaat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.


Menurutnya, tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


“Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page