top of page

Lapan pasukan sertai Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

24 Ogos 2025


SANDAKAN: Sempena Hari Merdeka 2025, Kelab Jurulatih Bola Sepak Sandakan menganjurkan Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun Sandakan Coaches bagi merebut Piala Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian di Padang Bola Sintetik, Kompleks Sukan, di sini pada Ahad.


Liga berkenaan disertai lapan pasukan dari Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid yang juga dibawah seliaan Kelab Jurulatih Bola Sepak Sandakan.


Majlis perasmian liga itu disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian dan turut dihadiri Pengerusi Penganjur yang juga Setiausaha Kelab Jurulatih Bola Sepak Sandakan, Azman Aprin.

Anna Bell menendang bola sebagai gimik perasmian.
Anna Bell menendang bola sebagai gimik perasmian.

Dalam ucapan beliau, Anna Bell melihat liga itu satu acara sukan yang mampu memberi peluang kepada anak muda untuk mengasah bakat dalam sukan bola sepak serta menghayati makna kemerdekaan dan perjuangan.


Jelasnya, pasukan yang bertanding juga mampu mewujudkan semangat saling bekerjasama dan bersaing secara sihat.


Dalam pada itu, berkenaan pembangunan belia di negeri ini, kerajaan negeri juga jelasnya dibawah pimpinan Ketua Menteri sentiasa peka dengan memberikan bantuan pendidikan dan keusahawan kecil kalangan belia.


Sementara itu, Azman berkata, ini merupakan kali kedua liga itu diadakan yang antara lain memberi peluang kepada pasukan bertanding mempamer kemahiran masing-masing dan menyemai rasa cinta kepada negara sesuai dengan tema penganjurannya.

 
 
 

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page