top of page
  • nabalunews

Larian persahabatan jom Malaysia-China 2024 kukuhkan hubungan diplomatik

26 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Lebih 5,000 peserta mengambil bahagian dalam Larian Persahabatan Jom Malaysia-China 2024 yang diadakan semalam, sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.


Acara larian sejauh 7 kilometer ini, dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah dan turut melibatkan rakyat daripada pelbagai etnik di Sabah serta beberapa warga China yang bekerja di negeri ini.


Menurut penganjur, larian ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan perpaduan dalam kalangan komuniti berbeza, tetapi juga untuk mempereratkan hubungan mesra antara rakyat Malaysia dan China.


“Dengan usaha bersama semua orang, persahabatan antara Malaysia dan China akan menjadi lebih kukuh, dan kerjasama masa depan akan menjadi lebih menjanjikan,” kata Steven Liaw, Naib Presiden Eksekutif persatuan tersebut kepada agensi berita Xinhua.


Untuk rekod, Malaysia dan China mula menjalin hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974.

Comments


bottom of page